CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
blog ini diadaptasi tatkala otak buntu bagai nak gila..
tangan seolah mau mengeluarkan kata....hati mula berbunga-bunga...

"seseungguhya,aku buntuh kejujuran kalian..sejujur tangisan bayi yang menghiba...bila tiada jalan lagi untuk berdusta.."

Friday, March 19, 2010

kisah 3 pEsAlah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Thursday, March 18, 2010

akU haNya iNsan kEcil...

Persahabatan ini terlalu suci untuk aku buangkan. Terlalu indah untuk aku kuburkan. Namun apalah erti persahabatan ini andai luka yang menjadi balasannya. Persahabatan ini ibarat kayu yang rapuh. Terlalu mudah patah bila badaih melanda. Namun siapalah aku untuk menyatakan kasihku pada dia yang bergelar sahabat. Aku hanya insan kecil. Terlalu kecil hingga aku kadang-kala dipersia begitu saja. Adakah aku tiada makna dalam hidupmu?. Dimanakah namaku berada dalam kamus hatimu? Atau mungkin langsung tidak tercatat namaku dimana-mana ruangan kecil hatimu. hingga terlalu senang kau mencampakkan aku dimana-dimana bila aku tidak kau perlukan.

Mungkin benar kata orang, aku pelakon hebat. Terlalu hebat mempertontonkan watak sahabat yang terlalu memahamimu. Namun mungkin kau tidak sedari betapa rapuhnya hatiku tak kala kau hadiahkan aku kelukaan. Betapa peritnya senyuman yang terukir. Mungkin kau hanya Nampak kemanisan senyuman itu tapi kau tidak pernah rasa kepahitan di celahannya. Tahukah kau kemanisan itu datangnya dari
rasa ikhlasku padamu tapi dari mana datangnya kepahitan itu?. Kau sendiri tidak tahu. Kepahitan itu datangnya dari jiwa insan kecil yang terluka. Sakitnya hati ini bila tercalar. Aku insan kecil yang hanya mampu menangis bila aku disakiti. Tidak mampu berbuat apa-apa bila jiwa aku dilukai. Siapa yang mahu mendengar tangisan insan kecil ini? Cuma malam yang pekat itu faham. Dia selalu menjadi teman. Setia benar dia mendengar keluhanku. Kerna Gelap malam itu yang selalu mendengar irama sendu berlagu pilu insan ini. Mengapa? Kerna aku insan kecil.


Aku bangga denganmu kerna tanpa aku kau mampu berdiri gah tapi tahukah kau tanpamu aku terlalu lemah. Tanpa kau jiwaku terasa hambar. Tanpamu juga duniaku hilang. langsung tiada seri. wahai sahabatku, dikala ini kelompak-kelompak kerisauan mula berputik di ruangan hatiku. aku bimbang kerna bunga-bunga di taman hati yang dulu subur mekar berkembang kian layu dan mungkin satu hari nanti taman yang indah ini akan hilang keindahannya. seperti persahabatan ini. aku kian jauh darimu tapi langsung tidak kau sedari betapa jauhnya hati kita saat ini.

aku tidak meminta wang atau harta bendamu sebagai balasan untukku sebagai temanmu yang setia. aku memilihmu bukan kerna hartamu atau raut wajahmu yang mempersonakan. aku memilihmu kerna aku yakin padamu. yakin pada keikhlasan hatimu. ku hanya mahu meminta pengertianmu dalam mengharungi ranjau dan duri dalam hidup ini. ku pinta kau memahami hati dan perasaanku seperti mana aku yang sentiasa menjaga hati dan perasaanmu. aku amat bimbang jika sekeping hati milikmu dicalari. risau andai hatimu disakiti. apakah kau juga seperti aku?

Aku menyanyangimu sahabat dengan sepenuh jiwaku. Kasih dan sayang inilah yang sering memakan jiwaku sendiri. Melumatkan hatiku hingga langsung tiada serpihannya. Kerna kau aku sanggup terluka. kerna kau juga aku sanggup dilukai. Kerna kau, aku bina kembali hati ini. Aku membinanya dengan kalimah kemaafan dari mu. dengan pujukan dan kata-kata manismu.Untuk apa? Untuk kau sakiti ia berulang kali. Aku insan yang kering jiwanya. Aku mencari di mana dia kasih, dimana dia sayang. Aku berharap kau mampu basahi jiwa ini dengan ketulusan hatimu. Siapalah aku?. Aku hanya insan kecil yang mengharap kasih saktimu menyuburkan jiwaku.

Sahabat, andai di pertengahan jalan ini terhentinya kasih kita. Terputusnya ikatan kita, aku harap kau terus berlari menggapai cita-citamu. maafkanlah aku yang tak bisa mempertahankan kasih ini hingga tiba di penghujung jalan. hingga ajal menjemputku pulang. sahabat, Teruskan perjalananmu. Kerna destinasi kita masih jauh. Masih tidak terjangkau dek pemikiran. Usah kau toleh lagi kebelakang. Usah kau cari lagi dimana bayanganku berada. Kerna aku tidak mahu kau kenangi lagi kisah silam kita. Namun ketahuilah yang aku sentiasa ada untukmu walaupun kasihmu sudah tiada bersamaku. Ketahuilah namamu sudah ku semat kukuh dihatiku. Biarku simpan kisah ini menjadi coretan luka dalam jiwa yang lara ini.


mUhaSabah kah aKU....???

Hari demi hari ,
Langkah disusun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai















Wahai diri yang selalu sepi,
Kerna tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi
Basuhlah hati dengan tangisan di pip
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi


Wahai pemilik mulut ini,
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri
Menegur mereka seolah diri bersih suci
Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli
Persoalkan lah diri dan hati
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi
Dalam tindak tanduk sehari-hari

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri
Yang akan menutup mata sebentar lagi
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali...

pAdaMu yA Allah....akU menGhamBakan dIri...

Sunday, March 14, 2010

deAr fwEn......I LOVE KAWAN


Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka
Peluklah aku bila aku Berjaya

Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada
saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
Saat aku hilang tempat berpaut,
Dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu
Bersama keikhlasan hati.
Tanda tuluskan ikatan kita.

Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi insan sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurna,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu,
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.

Sahabat,
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemanimu,
Tangan ni tidak pernah kuat untuk memegangmu,
Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,
aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku.

aKu sAyAnG mAmA....


Bila dahaga, yang susukan aku.. mama
Bila lapar, yang suapkan aku..mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mama
Kata mama, perkataan pertama yang aku sebut.. ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mama...
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mama
Bila nak bermanja... aku dekati mama..
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mama..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mama..
Bila nakal, yang memarahi aku... mama..
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mama
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat
marah..mama
Bila takut... yang tenangkan aku.. mama
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mama...