CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
blog ini diadaptasi tatkala otak buntu bagai nak gila..
tangan seolah mau mengeluarkan kata....hati mula berbunga-bunga...

"seseungguhya,aku buntuh kejujuran kalian..sejujur tangisan bayi yang menghiba...bila tiada jalan lagi untuk berdusta.."

Friday, December 10, 2010

:: cOlorfUl nIgHt:: wif ma lobely gurl:

ICT....malam yang terjeluak dengan cahaya..
cuman ahh...ni 1rst ak mai cni..naseb baek k.wa bawak jek..klo x,xsmpai2 aku kt cni..
klo dlu k.wa ckp nak masuk cni free jek..skunk ni kena bayar rm10.ni haa kt bawah tiket die..tp bleh claim makanan n dapat masuk umah salji klo ade tiket ni..


ooooooooooo...ni ghupe nye ICT..aku melopong nengok lampu..cam ore darak..hahaha..

cantek tempat ni..cuman,fantastik..d'bomb..ah mcm2 laa...

orait..so,mcm biase....pozing memozing dimulakan..gile gambar upenye aku ni..bile la bleh beli NIKON..yang paling murah pon jadi laaa.....


~maya,anan & anis~


~anak gadis MR HILMI~


~wif bapak tiri si merak~

makanan kat cni mahal betoil..mang betoil2 cekik darah ar..air sebotol rm3.50..
wafer rm4..perghh..bleh beli set luch MC'D daa....
rugi xbuka mcD cni..klo x,kompem bin ajaib laku punyeee...

mahal pom..bantai saje la..perot punye pasal..duit jadi mangsa.."DUIT ABE AMRU" hehehe...




sekian suda cerita tentang kami...malas nak story panjang lebar..

bye..bye ICT...xtau nak dtg lagi ke tak..huhu...xde la fun sgt...just tgk2 lampu n amik pict...tp tmpt ni mne ade kt kelantan...time ari jadi sultan bleh gak ar tgk lampu...tapi kt cni cam dalam dunia kartun jek..ade katak,lembu,zirafah,buah labu...sume nye bercahaya...

salam tajmahal~huhuu

~kIsAh tEmpAyAn yAnG rEtAk~

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi.

" kata tempayan itu.Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.

Thursday, December 9, 2010

menggomol si BROGA..




yeehaa..kali kedua dapat daki broga..
tapi kali ni terok sket...klo dlu sejam da sampai puncak..kali ni amik mase 2,3jam..
maklumlahhh...bawak mak gajah..bapak gajah...haihhh..masalah...masalah..

tapi bile mak n bapak gajah xnak naek puncak..ingat da lepas beban da..terpakse plak.angkut budak tahan berak ntuk sampai puncak...berpeluh2 budak tu tahan berak..
aiyaa....tapi xpe,ade jugak la semangat nak sampai puncak...

hurmmm.....broga indah seperti biasa...dulu 1srtime datang..view xbpe lawa coz hari mendung..aku berjalan dalam kabus jek...tapi mase subuh..view lampu2 dari umah lawa ngat...tp syg,pict xamik ngat... =(



kami bertolak dari umah kol 5.45pagi...dalam kul 6lebih kami mula kan perjalanan...
tapi baru je 15minit bejalan..k.wa da tercungap2...alahai..ciannya...so kami tunggu la..mcm2 alasan xnak daki lagi..semput la..sakit pale...penat..nak pitam..macam2...
air excel kasi energy sket...



~pelahapnyeee~

huhu..kire ok la..walaupun banyak berhenti...bleh jugak la sampai atas..xde la dok terjelepok kat kaki bukit..



ni plak maya..yang ni kes lain dari lain...bile da sampai tempai rest..buka la bekalan..makan punye la pelahap...



siap mamam...kami 3org truskan perjalanan...tingallah k.wa n abg amrul yang telah semput...kononnye oksigen kt atas bukit xcukup ntuk dieorang bernafas...hahahaa..


telah syiok jalan ngan anis..xsedar org kt blakang dok terkial-kial kepit buntut..hahah..MAYA NAK BERAK!!!!

atas bukit mne ade tandas AWAM la doll!!!
tapi xpe..spirit die kuat..jalan jugak slow2...peluh dah meleleh walaupun kt atas ni sejok...tu la..bangun pagi bukan nak g berak dlu..



ni aksi yang paling mantap...mengintai tahi sendiri..hahahaha...


hurmm.....kami da sampai puncak..org ramai gile...



kire ok la bleh gak amik papan tanda puncak broga ni..kire bukti la konon..huhu..
kt atas ni xbleh lame ngat..nak lepak..tp ramai gile org...so,kami turun lepas 15minit dok layan blues kt puncak...

_____________________________________________


kami bergambar sakan kt atas ni..xtau bile plak bleh naek kan...







~kecoh betol nak amik pict ni..

maya n me...


~view matahari terbit~



byee..byee broga..nextime kite bersua lagi..

Saturday, December 4, 2010

note HIDUP..

Bile hati gembira...sume kita akan lupa..manusia memang mudah alpa..makin senang hidup...makin cepat kite lupakan pada NYA..

YE..aku tergolong dalam golongan manusia yang alpa...harta dikejar,darjat disanjung..padahal aku tau sume tu bukan boleh dibawa ke LUBANG KUBUR....

aku memohon,berilah aku HIDAYAH MU ya Allah..sesungguhnya aku hambaMU yang hina..
24434...

tekad::AKU HARUS BERUBAH..aku makin lalai..ya Allah,ampuni hambamu ini..amin..


ampunkan hambamu ini...aku lalai padaMU....

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.